Para belia di Felda Chini di wakili oleh persatuan Majlis Belia Felda Malaysia atau di kenali sebagai MBFM merupakan sebuah badan NGO yang memperjuangkan nasib anak peneroka Felda. Selain itu pertubuhan ini juga memantau dan menguruskan segala aktiviti yang berkaitan belia. Antara aktiviti belia kaum lelaki yang aktif adalah pasukan bola sepak. Manakala khusus bagi kaum wanita pula terdapat satu kelab di bawah seliaan MBFM iaitu Chini Fitness Club ( CFC ) yang mengadakan aktiviti senamtari seperti ‘Zumba’ dan ‘aerobic’ .